tulisan cursor

Saturday, 10 September 2016

Pengenalan Rawatan DR.RAIS GROUPS PLT



Assalamualaikum wbt semua . Kali ini kami nak bercerita tentang rawatan yang kami buat di DR. RAIS GROUPS PLT. Ramai mengenali kami sebagai pusat terapi buang angin, namun tak semua tahu apakah kaedah yang kami gunakan. Di DR.RAIS GROUPS PLT kami gunakan terapi yang diasaskan oleh orang asli dan digabungkan dengan terapi zaman purba. Pada ketika dahulu, kaedah ini menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita, tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Namun terapi purba ini makin ditenggelami zaman. Melalui kaedah ini, kami hanya perlu fokus pada lendir-lendir angin pada bahagian kaki kiri dan tangan. Dengan mengenakan urutan pada bahagian lendir, akan memecahkan lendir dan melancarkan perjalanan darah keseluruh badan.
               

Urat saraf pada tubuh manusia saling berhubung antara satu sama yang lain. Dengan memecahkan lendir pada titik angin, ianya sudah memadai untuk mengubat sakit pada seluruh badan. Pada bahagian kaki manusia merupakan sub-kunci kepada kelancaran aliran darah dalam badan. Selain bahagian kaki, pada lengan kanan manusia juga terdapat satu kekunci angin (titik angin), iaitu pada tempat persilangan urat saraf. Kawasan ini sering menjadi tempat pergumpalan angin dan lama-kelamaan akan menyebabkan lendir terkumpul.
               
Kaedah yang sama dibuat pada kawasan belakang tengkuk. Urutan pada titik angin ini akan mengurangkan masalah tekanan dan migrain.



Resdung (Sinus)


Resdung atau sinus mengikut istilah saintifik adalah merupakan inflamasi atau keradangan pada hidung akibat jangkitan virus atau bakteria. Namun begitu, mengikut istilah tradisionalnya ialah merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan beberapa organ lain menjadi gatal dan tidak selesa.
Sinus ini terbahagi kepada dua iaitu, sinus akut dan sinus kronik. Sinus akut biasanya terjadi dalam tempoh dua minggu disebabkan oleh rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Manakala bagi sinus kronik biasanya berlaku disebabkan oleh serangan sinus akut yang berulang dengan kerap.

Punca-punca

  • .      Alahan kepada makanan – contohnya udang, sotong, budu, belacan, cencalok dan kulit ayam.
  • .      Alahan kepada bulu binatang – contohnya kucing, arnab dan hamster
  • .      Struktur hidung yang tidak normal.
  • .      Kerosakan atau sakit gigi serta sakit dibahagian gusi.
  • .      Menyelam di dalam kolam, tasik, sungai atau laut yang tercemar.
Gejala-gejala
Gejala yang dialami seseorang individu yang menghidapi sinus adalah berbeza. Hal ini kerana, mengalami tahap sinus yang berlainan dan juga berdasarkan punca-punca yang berbeza. Antara gejala yang sering dialami ialah;

  • ·         Hidung selalu tersumbat
  • ·         Lendir di bahagian hidung dan tekak
  • ·         Sakit tekak yang berulang
  • ·         Selalu bersin terutamanya pada waktu pagi
  • ·         Merasa gatal pada hidung
  • ·         Demam dan tidak selesa badan berpanjangan
  • ·         Sakit atau rasa berat muka terutama pada bahagian mata
  • ·         Hilang deria hidu

Kesan-kesan
      Kegatalan pada muka
      Berjerawat (ada sebahagian yang tidak berjerawat dan dipanggil sebagai resdung dalaman)
      Kerap bersin terutama pada waktu pagi
      Hidung tersumbat
      Berhingus tanpa demam
      Mengeluarkan cecair berwarna hijau dan berbau busuk
      Berdengkur ketika tidur
      Sukar bernafas melalui hidung

Friday, 9 September 2016

Thursday, 8 September 2016

MANDIAN AURA by Dr.Rais

Pengenalan

Assalamulaikum w.b.t diucapkan kepada semua. Apa khabar kepada semua pebaca dan pelayar blog sekalian.. diharapkan semua berada dalam keadaan yang sihat belaka. Disini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai salah satu produk kami yang sangat istimewa (terutama kepada wanita…hahahaha..nanti sya bagitahu kenapa) iaitu Mandian Aura,.. mandian aura adalah produk yang dihasilkan melalui formula yang berasaskan alam semula jadi. Penggunaan 7 jenis bunga-bungaan dan herba lain dijadikan air untuk mandian. So….apakah fungsi Mandian Aura ini????? Mesti anda ingin tahu kan ?? okeyy…fungsinya adalah untuk mengembalikan aura positif  dalam diri pengguna,menambah keserian wajah, mempercepatkan proses terapi rendaman kaki (buang angin),memperkuat tenaga dalaman, membuka cakra pada wajah (menaikkan seri wajah) dan ,mengurangkan tekanan (serabut kepala)…..dengan mandian aura, pengguna tidak perlu lagi untuk susah payah mencari bunga-bunga hanya untuk mandian, dan perlu buat proses yang cerewet hanya untuk satu mandian. Dengan Mandian Aura , seri wajah akan bertambah, dan menambah caj positif dalam badan supaya anda kekal menarik dan POSITIF sepanjang hari.


SINUSCILTY by Dr.Rais

Pengenalan


Assalamulaikum w.b.t……kepada semua pejuang-pejuang kesihatan …sesungguhnya badan kita ini hanyalah pinjaman dari-NYA, so apabila kita meminjam, kena lah jaga sebaiknya. Kami ada sesuatu yang menarik disini…. Mengenai penyakit resdung… penyakit resdung ni sememang menghantui semua manusia kerana semua ada masalah ini , Cuma teruk atau tidak. Resdung ini boleh dibuang melalui terapi atau pembedahan membuang ibu resdung yang menelan belanja sebanyak RM 15,000++ . ini cara cepatlah dan jika anda mampu, bagi yang tidak , penggunaan ubatan kimia juga ada, tapi  ia akan memudaratkan anda untuk jangka masa yang akan datang . dengan itu, saya dengan rendah diri ingin memberi solusi kepada anda , iaitu SINUSCILTY yang merupakan terapi kesihatan dari DR. RAIS GROUPS. Produk ini bersifat panas yang boleh membakar ibu resdung , namun begitu ianya selamat untuk pengguna…alah, lagipun kita kaedah rendaman….hahahaha..terapi zaman purba lah katakan. RENDAM-RENDAM , RESDUNG HILANG……saya sendiri dah alami sendiri , anda bila lagi…

NEURALTHERAPIE by Dr.Rais

Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t …. Alhamdulillah , syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya ,kita masih lagi diberi kesihatan dan peluang untuk menghirup udara-Nya. Sebesar-besar terima kasih juga diucapkan kepada semua pengunjung blog ini kerana sudi melayari laman blog kami …. Hahahahaha.. so apa yang kami ingin ketengahkan dalam laman blog ini…hahahaha tentunya sesuatu yang amat menarik…pernahkah anda dengar mengenai terapi zaman purba? Buang angin tanpa ubatan? Buang angin tanpa bahan kimia ? kami ada solusinya. Neuraltherapie adalah daripada kami…ini merupakan salah satu produk terlaris daripada kami. Ia berkemampuan untuk ,mengaktikan saraf dalam badan, menyingkirkan angin, membuka liang pori bagi memudahkan proses pengeluaran angin, mengatasi masalah saraf bermasalah, mengembalikan tenaga dalaman dan mengurangkan keletihan. Keberkesanan Neuraltherapie sememangnya diakui oleh orang ramai. Sebenarnya angin ini tidak wujud dalam istilah medical, namun kita sendiri sememengnya tahu ianya wujud dalam system tubuh .masalah angin dalam badan ini tidak boleh dipandang remeh , ianya juga boleh membawa MAUT. Rendam-rendam , angin keluar.




Masalah Saraf

Saraf

Sistem saraf merupakan sistem penting di dalam tubuh manusia. Ia berfungsi sebagai pengalir impuls (tindak balas) dalam menyelaraskan koordinasi fungsi dan pengawalan sistem tubuh badan manusia. Sekiranya sistem ini bermasalah, anda tidak berupaya untuk bergerak bahkan kebanyakan organ akan turut mengalami kerosakan. Sistem ini terdiri daripada tiga komponen iaitu, otak, saraf tunjang, saraf otonomik.
                                                   


Prinsip sistem ini hampir sama seperti jaringan komunikasi apabila jaringan terputus maka kawasan tersebut tidak akan menerima apa-apa isyarat. Ketika jaringan terputus, secara automatiknya jaringan yang berfungsi membawa impuls (tindak balas) tidak akan sampai ke otak. Keadaan ini dinamakan ‘mati rasa’ dimana otak tidak lagi menerima sebarang isyarat yang mengakibatkan gangguan pengendalian otot dan koordinasi penghasilan suara.

Punca-punca

Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan masalah saraf antaranya;
  • ·    Kecemasan – seseorang yang mengalami kecemasan yang ekstrim, kejutan yang mendadak itu menandakan seseorang itu mengalami gangguan mental.
  • ·   Depression – mengalami depression yang teruk sehingga berfikir untuk membunuh diri, kehilangan semangat hidup dan hilang tujuan hidup.
  • ·     Angin – apabila angin berkumpul di sesuatu kawasan saraf, akan menghalang saraf tersebut daripada aktif dan menjadikan saraf kecut.



Gejala-gejala



Pada kebiasaanya, individu yang mengalami masalah saraf akan mengalami beberapa gejala yang kebiasaanya tertumpu di kawasan tapak kaki atau tangan. Antara gejala-gejalanya adalah seperti berikut;

  • ·     Kekejangan – ini berlaku apabila, saraf mengecut dan otot-otot mula menegang dan mengeras.
  • ·     Kebas-kebas – biasanya terjadi pada waktu pagi ketika bangun dari tidur, tidak hanya berlaku pada kaki turut terjadi di tangan dan hujung-hujung jari.
  • ·     Rasa sejuk di tapak kaki – ianya terjadi akibat pengecutan saraf dan menjadikan saraf tidak aktif.
  • ·     Terasa seperti menyucuk di tapak kaki.
  • ·      Ketidakseimbangan tubuh terutama apabila berdiri.
  •     Merasa lenguh-lenguh badan.