tulisan cursor

Wednesday 7 September 2016

Angin Dalam Badan

Angin

Mengikut medikal, tiada istilah atau penyakit yang disebabkan oleh angin. Angin atau “kemasukan angin” diterjemahkan sebagai kemasukan angin ke dalam tubuh secara tidak normal dari segi kuantiti mahupun tempat pengumpulannya. Namun, kehadiran angin dalam tubuh adalah normal.

Punca-punca angin

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan angin namun antara faktor utama ialah;
  • ·         Udara persekitaran – persekitaran yang tercemar dengan gas-gas yang tidak sesuai dengan tubuh   mampu membawa kepada kemasukan angin.
  • ·         Pemakanan – pengambilan makanan dan minuman yang ‘berangin’ boleh menyebabkan kemasukan angin yang tidak normal. Contoh-contoh makan ‘berangin’ ialah santan, teh, nescafe, minuman ‘3 in 1’ (apa-apa jenama), jagung, kacang tanah, cempedak, nangka, ubi kentang, pulut dan mee kuning.
  • ·         Waktu makan yang tidak teratur juga boleh menyebabkan kemasukan angin yang berlebihan ke dalam tubuh.

Gejala-gejala angin 

Gejala-gejala angin ini boleh dilihat pada individu-individu yang mengalami masalah angin. Namun begitu, ianya bergantung pada antibodi individu-individu tersebut. Antara gejala-gejala yang selalu dialami oleh penghidap ialah;
  • ·         Perut kembung
  • ·         Pening / mual / muntah
  • ·         Sembelit
  • ·         Sendawa
  • ·         Kebas-kebas
  • ·         Hati berdebar-debar / sesak nafas
  • ·         Sakit dada

Angin yang berlebihan mampu menyebabkan kebocoran pada salur darah. Kebocoran tersebut boleh mengakibatkan kencing manis, sakit saraf, jantung, kolestrol, migrain, masalah hati, resdung dan stress. Kebocoran ini mengakibatkan beberapa organ menjadi kecut dan tidak aktif seperti pancrease, ginjal, prostat dan salur darah.
Ingin mencari penyelesaian untuk masalah angin?? Kami ada caranya..Sila klik SINI

No comments:

Post a Comment