tulisan cursor

Thursday, 8 September 2016

Masalah Saraf

Saraf

Sistem saraf merupakan sistem penting di dalam tubuh manusia. Ia berfungsi sebagai pengalir impuls (tindak balas) dalam menyelaraskan koordinasi fungsi dan pengawalan sistem tubuh badan manusia. Sekiranya sistem ini bermasalah, anda tidak berupaya untuk bergerak bahkan kebanyakan organ akan turut mengalami kerosakan. Sistem ini terdiri daripada tiga komponen iaitu, otak, saraf tunjang, saraf otonomik.
                                                   


Prinsip sistem ini hampir sama seperti jaringan komunikasi apabila jaringan terputus maka kawasan tersebut tidak akan menerima apa-apa isyarat. Ketika jaringan terputus, secara automatiknya jaringan yang berfungsi membawa impuls (tindak balas) tidak akan sampai ke otak. Keadaan ini dinamakan ‘mati rasa’ dimana otak tidak lagi menerima sebarang isyarat yang mengakibatkan gangguan pengendalian otot dan koordinasi penghasilan suara.

Punca-punca

Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan masalah saraf antaranya;
  • ·    Kecemasan – seseorang yang mengalami kecemasan yang ekstrim, kejutan yang mendadak itu menandakan seseorang itu mengalami gangguan mental.
  • ·   Depression – mengalami depression yang teruk sehingga berfikir untuk membunuh diri, kehilangan semangat hidup dan hilang tujuan hidup.
  • ·     Angin – apabila angin berkumpul di sesuatu kawasan saraf, akan menghalang saraf tersebut daripada aktif dan menjadikan saraf kecut.



Gejala-gejala



Pada kebiasaanya, individu yang mengalami masalah saraf akan mengalami beberapa gejala yang kebiasaanya tertumpu di kawasan tapak kaki atau tangan. Antara gejala-gejalanya adalah seperti berikut;

  • ·     Kekejangan – ini berlaku apabila, saraf mengecut dan otot-otot mula menegang dan mengeras.
  • ·     Kebas-kebas – biasanya terjadi pada waktu pagi ketika bangun dari tidur, tidak hanya berlaku pada kaki turut terjadi di tangan dan hujung-hujung jari.
  • ·     Rasa sejuk di tapak kaki – ianya terjadi akibat pengecutan saraf dan menjadikan saraf tidak aktif.
  • ·     Terasa seperti menyucuk di tapak kaki.
  • ·      Ketidakseimbangan tubuh terutama apabila berdiri.
  •     Merasa lenguh-lenguh badan.

No comments:

Post a Comment