tulisan cursor

Saturday 10 September 2016

Resdung (Sinus)


Resdung atau sinus mengikut istilah saintifik adalah merupakan inflamasi atau keradangan pada hidung akibat jangkitan virus atau bakteria. Namun begitu, mengikut istilah tradisionalnya ialah merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan beberapa organ lain menjadi gatal dan tidak selesa.
Sinus ini terbahagi kepada dua iaitu, sinus akut dan sinus kronik. Sinus akut biasanya terjadi dalam tempoh dua minggu disebabkan oleh rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Manakala bagi sinus kronik biasanya berlaku disebabkan oleh serangan sinus akut yang berulang dengan kerap.

Punca-punca

  • .      Alahan kepada makanan – contohnya udang, sotong, budu, belacan, cencalok dan kulit ayam.
  • .      Alahan kepada bulu binatang – contohnya kucing, arnab dan hamster
  • .      Struktur hidung yang tidak normal.
  • .      Kerosakan atau sakit gigi serta sakit dibahagian gusi.
  • .      Menyelam di dalam kolam, tasik, sungai atau laut yang tercemar.
Gejala-gejala
Gejala yang dialami seseorang individu yang menghidapi sinus adalah berbeza. Hal ini kerana, mengalami tahap sinus yang berlainan dan juga berdasarkan punca-punca yang berbeza. Antara gejala yang sering dialami ialah;

  • ·         Hidung selalu tersumbat
  • ·         Lendir di bahagian hidung dan tekak
  • ·         Sakit tekak yang berulang
  • ·         Selalu bersin terutamanya pada waktu pagi
  • ·         Merasa gatal pada hidung
  • ·         Demam dan tidak selesa badan berpanjangan
  • ·         Sakit atau rasa berat muka terutama pada bahagian mata
  • ·         Hilang deria hidu

Kesan-kesan
      Kegatalan pada muka
      Berjerawat (ada sebahagian yang tidak berjerawat dan dipanggil sebagai resdung dalaman)
      Kerap bersin terutama pada waktu pagi
      Hidung tersumbat
      Berhingus tanpa demam
      Mengeluarkan cecair berwarna hijau dan berbau busuk
      Berdengkur ketika tidur
      Sukar bernafas melalui hidung

No comments:

Post a Comment