Assalamualaikum
wbt semua . Kali ini kami nak bercerita tentang rawatan yang kami buat di DR.
RAIS GROUPS PLT. Ramai mengenali kami sebagai pusat terapi buang angin, namun
tak semua tahu apakah kaedah yang kami gunakan. Di DR.RAIS GROUPS PLT kami
gunakan terapi yang diasaskan oleh orang asli dan digabungkan dengan terapi
zaman purba. Pada ketika dahulu, kaedah ini menjadi kebiasaan dalam kalangan
masyarakat kita, tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Namun terapi purba ini
makin ditenggelami zaman. Melalui kaedah ini, kami hanya perlu fokus pada
lendir-lendir angin pada bahagian kaki kiri dan tangan. Dengan mengenakan
urutan pada bahagian lendir, akan memecahkan lendir dan melancarkan perjalanan
darah keseluruh badan.
Urat saraf pada
tubuh manusia saling berhubung antara satu sama yang lain. Dengan memecahkan
lendir pada titik angin, ianya sudah memadai untuk mengubat sakit pada seluruh
badan. Pada bahagian kaki manusia merupakan sub-kunci kepada kelancaran aliran
darah dalam badan. Selain bahagian kaki, pada lengan kanan manusia juga
terdapat satu kekunci angin (titik angin), iaitu pada tempat persilangan urat
saraf. Kawasan ini sering menjadi tempat pergumpalan angin dan lama-kelamaan
akan menyebabkan lendir terkumpul.